Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Braunau, Austria – Seorang lelaki sanggup menikam jirannya selepas bertengkar mengenai patung Barbie yang didakwa dicuri anak perempuannya.

Murat Ahmet, 35, yang mempunyai tiga anak tidak berpuas hati apabila menganggap jirannya berusia 39 tahun menuduh anaknya mengambil anak patung berkenaan.

Disoal mengenai perbuatannya itu, Murat berkata: “Saya cuma ingin melindungi keluarga saya.”

Kejadian berlaku ketika Murat dan keluarganya baru pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan kawannya.

Sekembalinya ke rumah, mereka melihat anak perempuan seorang jiran menunggu kepulangan mereka sebelum terus bertanya kepada kepada anak Murat mengenai kehilangan Barbie miliknya.

Ibu bapa dua kanak-kanak perempuan terbabit kemudian keluar sebelum mengakibatkan pertengkaran tercetus antara Murat dan jirannya itu.

Walaupun pertengkaran itu berakhir, Murat yang masih tidak berpuas hati mengetuk pintu rumah jirannya itu sebelum terus menikamnya kerana didakwa bertindak keterlaluan apabila menuduh anaknya mencuri patung berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kes itu masih disiasat namun Murat menghadapi tuduhan berat kerana mencederakan orang.

“Keadaan mangsa mungkin lebih serius, namun mujur tikaman tidak terkena bahagian yang memudaratkan,” katanya.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment