Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Pemudahan Perdagangan (PPP) dan bersedia melaksana hampir 100 peratus peruntukan di bawah Kategori A perjanjian berkenaan yang akan dimaklumkan menjelang 31 Julai depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia menyokong kuat pemudahan perdagangan kerana ia akan memanfaatkan masyarakat perniagaan serta kerajaan dalam negara maju dan sedang membangun di samping mewujudkan pekerjaan dan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi.

“Ekonomi global memerlukan kepastian dan kebolehjangkaan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan APEC perlu memainkan peranan utama dalam memantau langkah merosak dan melindungi perdagangan yang akan memberi kesan buruk kepada pemulihan ekonomi dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapa turut menekankan mengenai keperluan untuk kekal waspada bagi mengelak percambahan langkah merosak dan melindungi perdagangan.

Beliau menggesa semua negara bertindak tegas menghalang sebarang langkah perlindungan dan mengelak daripada mewujudkan rintangan kepada perdagangan antarabangsa.

“Sebaliknya mereka perlu meneruskan usaha ke arah mewujudkan persekitaran perdagangan global yang lebih bebas dan adil,” kata Mustapa.

Mengenai perluasan Perjanjian Teknologi Maklumat (PTM) WTO, Mustapa berkata Malaysia bimbang dengan kekurangan kemajuan dalam memuktamadkan perjanjian itu dan menggesa semua pihak supaya bergerak keluar daripada kedudukan mereka dan menjadi pragmatik.

“Malaysia akan terbabit secara aktif dalam rundingan terbabit dan kami berharap semua negara boleh bekerja lebih keras untuk menyelesaikan perluasan PTM dengan pantas,” katanya.

Mengenai rantai nilai global (RNG), Mustapa berkata, Malaysia menyokong inisiatif baharu mengenai ‘Pelan Tindakan Strategik APEC Untuk Mempromosi Rantai Nilai Global’.

Menurutnya, pelan tindakan itu perlu direka bagi memudahkan pembangunan RNG melalui pendekatan yang sistematik.

Kerjasama yang dipertingkat antara pelbagai negara akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta menggalak pelaburan dalam kegiatan tambah nilai seperti perkhidmatan berkaitan pembuatan.

“Di samping itu, RNG perlu menyediakan laluan kepada PKS untuk diintegrasi dengan rangkaian global yang perlu menjadi keutamaan kepada negara anggota APEC pada masa depan,” kata Mustapa.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment