Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan tidak lebih tiga tahun ditemui tanpa kepala bersebelahan Sungai Klang di Jalan Hishammuddin pada Khamis malam.

Badan mangsa ditemui oleh orang awam berhampiran stesen KTM pada kira-kira pukul 9 malam.

Difahamkan kepala kanak-kanak itu ditemui berhampiran badannya.

Polis mengenal pasti suspek yang dipercayai warga asing berkulit gelap.

Menurut polis, orang awam melihat seorang lelaki membawa kanak-kanak malang itu dari kompleks membeli-belah berhampiran Pudu Sentral.

Difahamkan bahawa kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke kompleks membeli-belah berkenaan.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment