Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

TEHRAN – Agensi berita rasmi Iran melaporkan republik Islam itu kini menyaksikan seorang korban pertama Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV) yang merebak dari Asia Barat.

Agensi berita IRNA hari ini memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Mohammad Mahdi Gouya sebagai berkata, virus berkenaan menyebabkan kematian seorang wanita berusia 53 tahun di Kerman, timur laut Iran.

Akhbar Iran pula melaporkan terdapat dua kes MERS-CoV semalam.

Namun ia belum jelas bagaimana mangsa menghidap virus berkenaan dan pihak berkuasa tidak memberikan sebarang butiran mengenai merebaknya virus maut itu.

Kes pertama akibat jangkitan virus berkenaan dilaporkan di Arab Saudi sebelum ia merebak sejak ia dikesan dua tahun lalu.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment