Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai jadual yang padat pada hari keempat lawatan beliau ke China.

Najib yang berada di sini sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China, akan melawat Beijing Foreign Studies University (BFSU), pagi ini.

Beliau merasmikan “Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2014: Hubungan Malaysia-China kali ke-7′.

Kira-kira 200 peserta termasuk 138 penceramah dan pembentang kertas kerja dari Malaysia, China, Indonesia, Belanda, Korea Selatan dan Thailand mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Najib kemudian akan dibawa melawat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Huawei, satu daripada syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, di Zhongguancun Environmental Protection Park.

Huawei mempunyai lebih 70,000 produk dan kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terdiri daripada lebih 45 peratus jumlah keseluruhan tenaga kerjanya di seluruh dunia.

Ia telah menubuhkan 16 pusat R&D termasuk di Jerman, Sweden, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, Russia, India dan China.
Najib kemudian akan ke Masjid Nuijie untuk solat Jumaat.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara, Diaoyutai.

Xi yang melawat Malaysia Oktober tahun lepas, akan menghoskan jamuan makan malam untuk Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment