Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

KUANTAN – Mayat pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui petang semalam selepas lapan hari dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Sungai Gapoi, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohamad Nor Mansor berkata, mayat Sean Ng, 15, ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditemui pada 6.10 petang semalam oleh orang ramai yang kemudian memaklumkan kepada anggota polis.

“Sebahagian tubuh mayat dan kaki kanannya dalam keadaan reput dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keluarga pelajar itu telah dimaklumkan tentang penemuan itu.

Pelajar itu bersama-sama 11 rakannya yang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan dilaporkan hilang kira-kira 3 petang ketika mandi.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment