Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

PORT DICKSON: Mayat peserta Karnival Belia Negeri Sembilan yang lemas ketika mandi di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui jam 11.45 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata mayat Muhammad Shazwan Abdullah, 20, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di dasar laut, tidak jauh dari lokasinya hilang.

Katanya, operasi SAR dimulakan pihaknya dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas mangsa dilaporkan hilang 2.45 petang semalam, namun ditangguhkan jam 7 malam, sebelum disambung semula jam 9 pagi tadi.
Mangsa adalah ahli Belia 4B Kampung Kepis, Kuala Pilah, dekat sini, yang datang ke pantai berkenaan bersama sembilan rakannya untuk menghadiri majlis perasmian karnival itu petang semalam.

Mereka mengambil keputusan untuk mandi di pantai itu berikutan tiba jam 10 pagi, sementara menunggu majlis perasmian jam 4 petang.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment