Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment
Masih ada penduduk Mesir keluar mengundi pada hari ketiga, semalam.
KAHERAH - MESIR. Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjutkan ke hari ketiga semalam, selepas peratus pengundi keluar mengundi sangat sedikit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Aziz Salman melaporkan, sehingga Selasa, hanya 37 peratus daripada 53 juta pengundi keluar mengundi.

“Kami terpaksa memanjangkan tempoh mengundi kerana jumlah terlalu sedikit dan sukar untuk membentuk kerajaan,” katanya dipetik Al Arabiya.

Menurutnya, jumlah itu jauh lebih rendah daripada 52 peratus yang keluar mengundi ketika pilihan raya pada 2012 dimenangi Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi.

Pemerhati politik berpendapat, situasi itu membimbangkan calon Abdel Fattah Al-Sisi  yang sebelum ini yakin beliau dapat meraih undian majoriti.

Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin masih meneruskan boikot menggesa orang awam supaya tidak keluar mengundi dan tidak akan mengiktiraf keputusannya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi menahan sembilan pensyarah universiti disyaki terlibat dengan gerakan Ikhwanul yang diharamkan di negara itu sejak Mac tahun lalu.

Akhbar Okaz melaporkan, kesemua profesor itu didakwa terlibat dalam kumpulan terbabit berdasarkan rakaman suara dan emel.

Jika sabit kesalahan , mereka boleh dipenjara antara 10 dan 15 tahun dan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment