Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

SEORANG pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mendedahkan bahawa isyarat 'ping' yang dirakam ketika pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi bukan dari kotak hitam.

Sebaliknya, empat ping itu didakwa dikeluarkan dari kapal atau peralatan yang digunakan oleh skuad pencarian.


"Pihak berkuasa yang melakukan pencarian merasakan ping itu dari kotak hitam pesawat tetapi sebenarnya ia dihasilkan oleh kapal dan peralatan yang digunakan untuk mengesan isyarat ping," katanya kepada Mirror Daily.

Jelasnya, empat isyarat ping yang dimaksudkannya merupakan hasil rakaman ketika skuad pencarian menggerakkan usaha mereka pada fasa pertama di Lautan Hindi.

"Kami mendapati ping itu dihasilkan oleh peranti yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam menerusi kapal lain dan bukannya dari kotak hitam," ujarnya.


Pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Penerbangan itu kemudian dilaporkan telah berakhir di Lautan Hindi berhampiran Perth , Australia.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment