Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

SYDNEY – Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditangguhkan hari ini selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-2 mengalami masalah pada sistem komunikasinya.

Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai operasi sejak tiga bulan lalu berkata peralatan komunikasi Bluefin-21 mengalami kerosakan pada hari pertama operasinya selepas lebih dua minggu menjalani kerja penyelenggaraan.

Kejadian itu disedari semalam JACC selepas dua jam Bluefin-21 menjalankan misi menyelam di dasar Lautan Hindi iaitu kira-kira 1,600 kilometer (km) di barat daya Perth.

“Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan terhadap sistem komunikasinya mengalami masalah dengan sistem transponder pada kapal Ocean Shield,” kata JACC dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: REUTERS

0 comments:

Post a Comment