Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

GUANGZHOU – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di Guangzhou hari ini untuk memulakan misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari ke wilayah itu. Kunjungan beliau juga sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dua hala Malaysia dengan China.

Dalam rangka lawatan itu, Mustapa akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Parti Guangdong, Hu Chunhua, dan perbincangan dijangka bagi mewujudkan mekanisme untuk mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan lebih baik antara Kuala Lumpur dan Guangzhou.

Beliau juga akan menemui pemimpin korporat daripada syarikat-syarikat utama di Guangzhou untuk menggalakkan pelaburan China ke Malaysia.

Malaysia berusaha menggalakkan lebih banyak pelaburan hiliran dari China melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, terutama perniagaan kecil dan sederhana.
Mustapa kemudiannya akan menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Xian, Wilayah Shaanxi, pada 28 Mei.

Beberapa program telah disusun untuk perdana menteri sempena sambutan ulang tahun itu.

Di Xian, Mustapa akan meneroka dan menggalakkan eksport dan perdagangan dalam industri halal dengan wilayah tersebut, yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar.

Rombongan kemudian akan bergerak ke Beijing bagi program utama berkaitan sambutan itu.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment