Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

DALAM PESAWAT AIR FORCE ONE – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dari pesawat Air Force One selepas berlepas dari Afghanistan dan berkata beliau mahu memuktamadkan perjanjian keselamatan dengan pengganti Karzai, menurut pegawai kanan pentadbiran.

Obama dan Karzai berbincang mengenai kemajuan yang dicapai pasukan keselamatan Afghanistan dan presiden AS itu berjanji akan memaklumkan rakan sejawatannya itu keputusannya berhubung bilangan tentera AS yang akan berada di Afghanistan selepas 2014 sebelum mengumumkannya.

Obama dijangka mengumumkan keputusan itu tidak lama lagi.

Menurut pegawai AS, perbualan Obama dan Karzai berlangsung 15 hingga 20 minit.

Obama melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan malam tadi untuk melawat tentera AS. Beliau tidak ke Kabul untuk bertemu Karzai.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment