Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mencabar Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, BN wajar tidak bertanding di kawasan itu memandangkan pimpinan parti itu masih membuat kenyataan akan bertanding di Parlimen Teluk Intan.

“Jika MCA dengan kekuatan yang ada pada mereka tidak bertanding di PRK Bukit Gelugor, bagaimana pula Gerakan yang tidak kuat untuk bertanding di Teluk intan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 11 Mei lalu melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan kemungkinan BN menyokong seorang calon bebas yang mesra BN pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, 25 Mei ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, tindakan untuk menyokong seorang calon Bebas yang mesra BN berikutan keputusan MCA tidak bertanding pada PRK Bukit Gelugor.

MCA memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini.

Keputusan tidak bertanding itu diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menjelaskan ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat parti berkenaan pagi ini.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong bagaimanapun menegaskan beliau bersedia sekiranya diletakkan sebagai calon BN bagi menghadapi PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment