Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pegawai latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang terbunuh manakala anak perempuannya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 171.6km Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Maran, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa Anuarrul Hakim Mokhni, 38, yang berasal dari Kampung Ayer Molek, Melaka, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Satria dipandunya.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata anak mangsa berusia lapan tahun, Mya Qristina, yang duduk di kerusi penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dipercayai semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Kubu Baru, Selangor untuk menghantar anaknya kerana bersekolah di daerah itu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa dipercayai tercampak keluar di tepi longkang manakala anak mangsa ditemui di atas kerusi penumpang depan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada masa sama, katanya sebuah kereta Proton Satria lain yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dikatakan tidak sempat mengelak turut merempuh belakang kereta mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata kehilangan arwah dalam pasukan JBPM amat dirasai kerana arwah merupakan seorang pegawai yang dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment