Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh 48 jam lalu dan cuti Wesak, klia2 menyaksikan pergerakan trafik paling tinggi, mencatat hampir 160,000 penumpang untuk lebih 900 penerbangan.

“Ini adalah penunjuk yang baik mengenai prestasi sihat trafik oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2 dan ia juga konsisten dengan jangkaan Malaysia Airports Holdings Bhd untuk mencacat 24 juta penumpang dalam tempoh 12 bulan pertama ia beroperasi di klia2,” kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia Airports juga menyaksikan prestasi stabil dan sangat baik daripada operasi penerbangan dan lapangan terbang dan rekod prestasi tepati masa (OTP) menunjukkan 88 peratus beg ketibaan dihantar dalam tempoh 15 minit daripada masa sebenar ketibaan.

Penyambungan jambatan udara juga tepat pada masanya dengan 98 peratus jambatan udara disambung dalam tempoh dua minit pesawat di parkir di pintu.

Peruntukan ruang dan pintu juga telah bertambah baik kepada hanya pertukaran sembilan ruang pada 13 Mei dan tidak ada pertukaran ruang sehingga tengah hari, hari ini.

“Tawaran komersil di terminal klia2 juga bertambah baik dengan 105 ruang niaga dibuka untuk orang ramai dan daripada jumlah itu, 35 adalah makanan dan minuman (F&B) di seluruh terminal sama ada di jeti pelepasan domestik atau antarabangsa.

Ada 12 ruang niaga F&B di dewan berlepas, sembilan di jeti domestik dan 14 di jeti antarabangsa.

Selain itu, terdapat 60 ruang niaga F&B di Gateway@klia2 dan empat bank beroperasi di klia2, iaitu AmBank dan Maybank di Gateway@klia2 manakala CIMB Bank dan Hong Leong Bank di terminal utama dan sebanyak enam perkhidmatan pertukaran wang asing untuk kemudahan penumpang.

Malaysian Airports berkata, sejak dua hari lalu, lebih 200,000 orang berada di klia2 dan gateway@klia2 dan kemudahan terbabit digunakan sepenuhnya, pasukan operasi lapangan terbang dan kontraktor perkhidmatan bekerja lebih keras untuk memastikan semua kemudahan terbabit dalam keadaan baik.

“Malaysia Airports mengharapkan kesabaran dan sokongan orang ramai dalam membantu memastikan semua kemudahan dalam keadaan bersih dan baik dengan penggunaan yang betul,” kata MAHB.

Menurutnya, mereka sedang mencari inisiatif baharu seperti memasang Sistem Maklum Balas Masa Nyata Pelanggan dalam tandas untuk orang ramai membuat aduan mengenai kebersihan dan kerosakan, agar MAHB dapat bertindak balas dengan lebih cepat.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment