Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

Kinabatangan - Seorang pekerja ladang sawit maut selepas ditikam oleh rakan sekerja selepas berang dituduh mengganggu isteri mangsa dalam kejadian di rumah pekerja di ladang sawit Paris 3, Jalan Kinabatangan, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa warga Indonesia Kahar Patta, 33, yang mengalami parah di bahagian perut dan kaki kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu, dekat sini, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak Hospital Besar Lahad Datu, mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, suspek dipercayai melarikan diri sebaik kejadian itu dan gerakan mencari sedang giat dijalankan termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Mohon bantuan orang awam sekirannya menemui suspek dikenali sebagai Aching Maing, 34, warga Indonesia menghubungi balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment