Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita warga Thailand selepas didapati bersalah mengedar 23.123 kg dadah jenis kanabis, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman tersebut terhadap Miss Saowanee Srisar, 33, seorang ibu tunggal, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

“Setelah meneliti keterangan pembelaan tertuduh, saya dapati ia tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya dalam penghakimannya.

Mengikut kertas pertuduhan, Miss Saowanee, seorang pekerja hotel yang berasal dari Samut Prakan dekat Bangkok didakwa mengedar dadah tersebut di Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Sambungan di sini kira-kira pukul 8.45 malam pada 21 Jan 2012.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketika mengemukakan rayuan, peguam Burhanudeen Abdul Wahab mewakili Miss Saowanee, berkata anak guamnya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun telah bercerai dengan suaminya sejak enam tahun lalu.

“Sebelum ditahan dia bekerja di bahagian housekeeping di sebuah hotel di Thailand dengan gaji RM1,000 sebulan selain datang daripada keluarga petani yang susah,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment