Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

Maxis secara rasminya melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna pelan prabayar mereka yang dinamakan sebagai Hotlink RED, hari ini.


Walau bagaimanapun, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, pengguna dengan mudah boleh menyemak baki semasa mereka, di samping turut menyemak penggunaan data internet. Ia turut menyediakan akses pantas untuk membeli pas internet harian, mingguan dan sebagainya secara terus daripada aplikasi ini.

Selain daripada itu, Maxis turut melengkapkan aplikasi ini dengan sebuah tab tambahan yang memperlihatkan pelbagai promosi dan acara menarik yang diadakan khusus untuk pengguna Hotlink.

Bagi pengguna Hotlink yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini!

Sumber: Maxis

Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment