Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

HANOI – Beberapa kilang di bandar Binh Duong, Vietnam dibakar kumpulan perusuh semalam dalam satu tunjuk perasaan anti-China bagi membantah tindakan Beijing membina pelantar minyak di satu kawasan yang menjadi rebutan antara dua buah negara berkenaan di Laut China Selatan.

Beijing memberitahu, pihaknya memandang serius keadaan yang berlaku bandar itu selepas beribu-ribu pekerja Vietnam merusuh dengan mencuri barangan dan menyerang para pegawai.

Polis anti-rusuhan terpaksa dihantar ke bandar perindustrian tersebut selepas keganasan yang tercetus menyebabkan beberapa kilang terpaksa menghentikan sementara operasi termasuk sebuah kilang yang membekalkan kasut untuk syarikat Nike dan Adidas.

Selain kilang milik pelabur dari China, beberapa kilang milik syarikat dari Taiwan dan Korea Selatan turut terjejas akibat rusuhan tersebut.

“Api besar membakar beberapa kilang milik syarikat dari Taiwan dan sukar untuk menganggarkan nilai kerugian.

“Serangan itu tidak dijangka akan berlaku,” kata seorang lelaki Taiwan yang berjaya menyelamatkan diri dari rusuhan berkenaan.

Pihak polis berkata, mereka sudah menahan seramai 500 orang kerana mencuri dan melakukan kemusnahan.

Seramai 20,000 pekerja berarak di jalan-jalan raya di bandar berkenaan semalam dan sebilangan mereka mula mencuri, menyerang pengawal keselamatan dan pekerja kilang.

Pihak berkuasa memberitahu bahawa, sekurang-kurangnya 15 buah kilang dibakar oleh kumpulan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, Beijing meminta Hanoi mengambil langkah yang perlu bagi menghentikan rusuhan tersebut dan menghukum mereka yang terlibat.

Kedua-dua negara Komunis tersebut sebelum ini terlibat dalam pertelingkahan kawasan di Laut China Selatan.

Hubungan antara kedua-dua negara itu mula tegang selepas China membina sebuah pelantar minyak di satu kawasan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara.

Ketegangan semakin memuncak beberapa hari lalu apabila sebuah kapal perang China menembak meriam air terhadap sebuah kapal peronda Vietnam yang meronda kawasan berkenaan.

Beijing semalam menuduh beberapa kapal Vietnam merempuh kapal-kapal milik negara itu sebanyak 169 kali.

Bagaimanapun, Hanoi pula menuduh kapal-kapal dari China yang melanggar beberapa kapal negara itu.

Sumber: My News Hub / AFP

0 comments:

Post a Comment