Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis SPM (Ulangan) 2014 akan berlangsung pada 9 hingga 12 Jun 2014. Seramai 12,726 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM (Ulangan) pada tahun ini di 227 pusat pemeriksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 1,590 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:

Bil Jenis Calon Jumlah Calon
1. Bahasa Melayu sahaja 5,882
2. Matematik sahaja 2,797
3. Sejarah sahaja 567
4. Bahasa Melayu dan Matematik 1,539
5. Bahasa Melayu dan Sejarah 854
6. Matematik dan Sejarah 220
7. Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah 867
Jumlah besar 12,726

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment