Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment
Poroshenko berikrar untuk hentikan keganasan di Ukraine.
KIEV - UKRAINE. Jutawan coklat, Petro Poroshenko memenangi Pilihan Raya Presiden Ukraine pusingan pertama dengan memperoleh sebanyak 55.9 peratus undi.

Kemenangan awal Poroshenko, 48, sekali gus meletakkan harapan bahawa beliau mampu memulihkan semula krisis negara itu yang semakin meruncing.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Yulio Tymoshenko menduduki tempat kedua dengan 12.9 peratus dan beliau turut menyatakan sedia  bekerjasama dengan Poroshenko bagi menghentikan konflik di Ukraine.

Kelmarin, proses pengundian tetap diadakan walaupun negara itu sedang bergolak, di mana puak pemisah pro-Rusia dilaporkan masih menawan beberapa bangunan kerajaan dan menyerang anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan ibu pejabat wilayah berkenaan, laporan dipetik dari AP.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment