Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 21 Mei lalu berlaku disebabkan provokasi melampau oleh wakil rakyat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya, seharusnya wakil rakyat berkenaan terlebih dahulu dikenakan tindakan menurut Seksyen 31(e) Akta Hasutan sebelum Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh menggesa penceroboh DUN diambil tindakan keras.

“Beliau (Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer) bukan sahaja menyebut perkataan ‘UMNO celaka’ di dalam DUN tetapi juga semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam khalayak ramai.

“Kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap pemimpin UMNO itu dibuat dengan tujuan politik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Jahara mengulas kenyataan Lim yang dilapor akhbar hari ini sebagai menggesa Peguam Negara menjalankan siasatan menurut Seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap kumpulan yang menceroboh DUN tersebut.

Mengulas lanjut, Jahara berkata kumpulan itu tidak bertujuan mewujudkan huru-hara atau mengganggu persidangan DUN sebaliknya mahu mencari Rayer dan menuntutnya memohon maaf.

“Mereka tidak berniat untuk buat jenayah pun kerana tidak membawa apa-apa senjata, lagipun mereka datang ketika dewan sedang berhenti rehat dan saya sendiri telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,” katanya.

Dalam insiden itu, sekumpulan 100 lelaki yang mengaku ahli UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Rayer dan mendesak wakil rakyat DAP itu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan kesat.

Rayer, dalam perbahasannya, mendakwa beberapa pemimpin UMNO di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment