KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala lima rakannya cedera ditembak ketika minum di sebuah restoran di Sentul awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.50 pagi itu, keenam-enam mangsa ditembak dari dekat oleh seorang lelaki bersenjata pistol yang menaiki Perodua Myvi.
Suspek kemudian melarikan diri dengan kenderaan yang dipandu rakannya.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun seorang mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba manakala lima lagi dimasukkan ke unit kecemasan.
Mangsa yang berusia antara 22 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan pipi.
Pasukan Forensik polis menemui lapan kelongsong peluru di tempat kejadian.
Sumber: Bernama
0 comments:
Post a Comment