Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengalu-alukan langkah Kementerian Pengangkutan membentuk satu panel bebas bagi menyiasat dakwaan berlaku mendapan di landasan serta kawasan parkir pesawat di KLIA2.

Bahagian Komunikasi Korporat MAHB dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu sejajar dengan dasar MAHB yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan mutu operasi lapangan terbang kendalian mereka.

“MAHB mengalu-alukan langkah kerajaan melantik panel bebas ini untuk menambah baik aspek keselamatan di KLIA2.

“Kami menyokong penuh inisiatif ini dan akan memberi bantuan penuh serta kerjasama untuk melihat cara-cara untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata kenyataan itu hari ini.

MAHB menjelaskan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, syarikat penerbangan dan semua pihak berkepentingan untuk memastikan tahap keselamatan operasi tidak terjejas.

Kenyataan itu bagaimanapun turut menegaskan, KLIA2 beroperasi dengan lancar dan cekap sejak ia beroperasi pada 2 Mei lalu.

“Setakat ini KLIA2 telah mengendalikan 1.32 juta penumpang dan 8,500 pergerakan penerbangan,” jelas kenyataan itu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam memaklumkan melantik dua panel bebas iaitu Ikram Premier Consulting dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menyiasat dakwaan berlakunya mendapan di landasan serta kawasan parkir pesawat di KLIA2. .

Hishammuddin dipetik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan dan meminta kedua-dua firma berkenaan melakukan pemeriksaan keselamatan dengan telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment