Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

Pada 15 Mei lepas, satu laporan berita beserta gambar telah membangkitkan sensitiviti pencinta haiwan bertebaran luas di laman sosial mengenai seekor anjing bernama Brianna mati dipanah dua kali di Taman Sinaran, Balakong.

Penyebaran imej lelaki yang dilihat berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah telah tergamak melakukan kekejaman sedemikian rupa ke atas haiwan.

Apa yang penulis ingin sentuh di sini adalah kewajaran lelaki berkopiah  dan apa yang berada di dalam benak fikirannya semasa memanah anjing tersebut, tidak adakah nilai kasih sayang terhadap haiwan meskipun ia seekor anjing?

Mungkin apa yang dapat penulis fahami berkenaan dengan orang seperti ini adalah berkaitan dengan ideologinya. Sebut mengenai ideologinya – “anjing dan babi adalah musuh Allah – sebab itu mendapat pahala untuk dibunuh”.

Penulis mencari-cari dalam tafsiran Al-Quran tentang bagaimana dia boleh kata demikian, surah apa, ayat keberapa, daripada siapa dia mendengar tentang ini.

Di dalam Islam, terdapat tiga kategori najis dan ada tiga kaedah untuk mencucinya, iaitu mukhafafah (najis ringan), mutawassitah (najis sederhana) dan mughallazah (najis berat). Anjing dan babi – najisnya dikategorikan sebagai najis mughallazah.

Jadi, disebabkan itu, ramai di kalangan umat Islam meletakkan anjing bukan sebagai pilihan utama dalam memelihara haiwan peliharaan, dan ada yang lebih ekstrem, meletakkan anjing sebagai musuh.

Penulis sering mendengar kata-kata daripada golongan ini bahawa kenyataan “dog is man’s best friend” adalah bersifat dakyah Yahudi dan mahu menyesatkan Islam. Tapi hanya selepas penulis berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan. Mereka melihat anjing ini bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi seperti ahli keluarga sendiri.

Malah, Islam juga tidak sama sekali meminta orang Muslim memusuhi anjing, apatah lagi lari lintang-pukang seperti yang selalu penulis perhatikan dari zaman kanak-kanak.

Lebih teruk lagi apabila “ketakutan yang tidak berasas” dan kejahilan itu membawa pula kepada perbuatan menzalimi serta menafikan hak anjing yang juga merupakan ciptaan Allah.

Mengikut kajian saintifik, anjing merupakan ‘sahabat baik’ kepada manusia kira-kira 10,000-30,000 tahun yang lalu. Ia bermula dari spesis serigala yang memburu, tetapi ia mendapati persaingan dalam pemburuan sumber makanan karnivor semakin sengit dengan spesis lain seperti harimau, singa, dubuk, dan spesis terbaru yang menemui kaedah memburu – manusia.

Oleh kerana persaingan ini menyebabkan mereka sukar mendapatkan makanan, mereka cuba merapatkan hubungan dengan manusia. Manusia mengetahui bahawa deria bau mereka tidak setajam anjing, jadi mereka membuat pertukaran. Anjing akan membantu manusia dalam pemburuan, serta menjaga keselamatan mereka ketika sedang tidur, dan sebagai ganti, anjing akan berkongsi habuan berburu bersama-sama. Sejak itu, hubungan manusia dan anjing menjadi akrab dan sebab itu hubungan itu dianggap istimewa bagi mereka yang memahaminya.

Ramai di kalangan orang Melayu hari ini tidak memahami betapa besarnya jasa anjing kepada ketamadunan manusia. Bahkan penemuan negeri Melaka juga berhubung kait dengan kisah seekor anjing dan pelanduk.

Kisah Ashabul Kahfi dimana anjing melindungi orang-orang yang diburu dikisahkan dalam al-Quran. Kisah seorang pelacur yang menurut firman Allah akan masuk syurga kerana memberi anjing minum air pada kasutnya. Ya, bagi ajaran Islam, najis anjing ialah najis mughallazah, tetapi tidak ada di dalam al-Quran mengatakan anjing itu musuh kepada manusia.

Melalui apa yand dinyatakan oleh Ustaz Azhar Idrus di youtube, menyatakan bahawa anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam. Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela. Namun begitu sekiranya seseorang Islam itu membela anjing, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam.

Jadi, bukankah kita selaku khalifah yang mampu melindungi semua spesis lain di dalam dunia ini melindungi anjing yang telah membantu kita dan menjadi sahabat kita puluhan ribu tahun lalu?
Adakah terlalu susah hendak membasuh “najis” dengan air tanah dan bilas tujuh kali air sehinggakan sampai hendak membunuh anjing? Jangan “racist” walaupun kepada haiwan.

Sumber: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment