Semakin banyak pula aduan tentang harga makanan mahal disebarkan di media sosial sejak akhir-akhir ini.
Kita sedia maklum banyak harga barangan meningkat sekarang sekaligus mempengaruhi harga makanan tapi agak-agaklah patutnya kalau nak caj pelanggan.
Contohnya perkongsian yang dibuat seorang pengguna Facebook tentang nasib kawannya yang terpaksa membayar RM84 untuk dua pinggan nasi kandar yang dimakan bersama isterinya.
Semua orang tahu makanan di kedai mamak memang mahal sedikit dari restoran biasa apatah lagi untuk sotong dan telur ikan.
Tapi kalau dah seekor sotong pun dicaj sampai RM10 tak termasuk harga nasi dan sayur, memang cepatlah ‘naik haji’ taukeh kedai tu kan?
Kalau fikir logik pula, RM11 untuk seketul telur ikan yang kita sedia maklum saiznya biasa besar sedikit sahaja daripada jari tengah itu sudah lebih daripada untung bila dicaj pada pelanggan berasingan daripada harga nasi.
Nampak gaya, KPDNKK kenalah lebih agresif turun padang untuk siasat harga di kebanyakan kedai makan dan kalau perlu buat pelarasan. Biasanya, masalah timbul apabila tanda harga tidak diletakkan di tempat yang betul dan jelas hingga mengelirukan pelanggan.
Kita tentu tak mahu dengar ada kes pelanggan diserang sakit jantung ketika mahu membayar harga makanan baru perkara begini hendak diambil berat bukan?
Sumber: Rem Ramzi / My News Hub / TengokTvOnline.blogspot
0 comments:
Post a Comment