Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

KUALA BERANG: Kira-kira 100 ahli UMNO di peringkat akar umbi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan bekas EXCO kerajaan negeri, Ghazali Taib meletak jawatan sebagai ADUN dan mengisytiharkan keluar daripada UMNO.

Kumpulan terbabit membawa pelbagai sepanduk dan berarak daripada pekan Ajil ke pekarangan pejabat DUN Ajil yang terletak kira-kira 100 meret dari kediaman Ghazali.

Bagaimanapun, Ghazali serta isteri, Bibi Nazimah Mohamad Akbal tiada di rumah dan difahamkan mereka meninggalkan kediaman sejak malam tadi sebaik ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Seorang peserta perhimpunan, Shuhaimi Hussin, 48, berkata dia amat kecewa dengan tindakan Ghazali kerana sanggup membelakangkan parti, sedangkan sebelum ini menyeru ahli mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi.

“Kami yang mewakili pengundi di DUN Ajil mahukan seorang wakil rakyat yang setia pada parti dan tindakan dilakukan Ghazali dianggap sebagai mengkhianati parti,” katanya.

Omar Shamsudin, 49, berkata tindakan dilakukan Ghazali yang bertindak meletak jawatan dan menjadi ADUN bebas membuktikan beliau tiada prinsip perjuangan.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment