Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

Nampaknya hasrat Malaysia untuk menakluki Piala Thomas masih tidak lagi kesampaian kerana ditumpaskan oleh gergasi badminton baharu dari Jepun dengan kekalahan tipis 3-2.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berasa berbangga kerana pemain kita telah menunjukkan ‘fighting spirit’ yang cukup hebat serta tidak mudah mengalah.

Walaupun tewas, Malaysia tewas secara bermaruah bak kata Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Selain pemain kebangsaan yang mencuri perhatian penonton tempatan, tidak ketinggalan pemain Jepun turut mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia terutama penonton wanita.

Antaranya pemain yang menjadi wira kepada kemenangan Jepun semalam, Takuma Euda, 25, serta pemain beregu pertama Jepun, Kenichi Hayakawa, 28.

Wajah kacak mereka persis aktor Jepun pantas meraih perhatian penonton di Malaysia sehingga menjadi treding di laman sosial, semalam.

Jika sebelum ini, sukan badminton dikuasai oleh kuasa besar China namun kini tidak lagi selepas Jepun bangkit memenangi Piala Thomas buat pertama kali untuk negara mereka.

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment