Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

SISTEM telefon milik Duchess of Cambridge Kate Middleton dilaporkan digodam sebanyk 155 kali termasuk ketika Hari Krismas oleh wartawan sebuah akhbar tabloid.

Ia adalah arahan daripada Ketua Editornya yang sudah pun dipecat Clive Goodman, menurut laporan sumber dari Metro UK.

Perkara itu didedahkan di dalam perbicaraan kesalahan menggodam telefon yang dihadapi Goodman hari ini.

Telefon Putera Diraja Britain Putera William digodam 35 kali, telefon adiknya Putera Harry digodam sembilan kali oleh wartawan yang mengakui hanya mengikut arahan pihak atasan.

Goodman yang sebelum pernah dipenjarakan kerana kesalahan menggodam telefon pada 2007, menyambung memberikan bukti selepas gagal berbuat demikian selama sembilan minggu kerana sakit.

Kesalahan awalnya sebelum ini ialah menggodam dan mencuri dengar pesanan suara. Goodman berkata dia mensasarkan golongan Diraja yang muda untuk digodam antaranya Kate yang pada ketika itu merupakan teman wanita Wiliam.

Kali pertama Goodman menggodam telefon Kate ialah pada 21 Disember 2005, termasuk beberapa kali lagi selepas itu termasuk pada malam Krismas dan juga Boxing Day.

Dia masih lagi menggodam telefon Kate pada 7 Ogos, sehari sebelum ditangkap polis.

Ketika ditanya mengapa Kate menjadi sasaran, Goodman berkata Kate pada ketika itu ialah simbol perhatian orang ramai dan dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam keluarga Diraja Britain.

Perbicaraan berkenaan akan bersambung esok.

Sumber: My News Hub / Airy Aris

0 comments:

Post a Comment