Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Polis menerima 15 laporan setakat ini, bagaimanapun tiada yang berkaitan ceramah berbaur provokasi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, kempen PRK Teluk Intan berjalan lancar di mana polis berjaya mengawal keadaan.

“Namun setakat ini 15 laporan dibuat berhubung PRK Teluk Intan dan tiga kertas siasatan dibuka iaitu dua membabitkan kes ugutan bunuh, manakala satu lagi mengenai kes menghalang anggota menjalankan tugas.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan semua parti bertanding mengadakan ceramah dan kempen tidak menggunakan isu provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya kepada para pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini, Isnin.

Salleh berkata, semua parti bertanding juga perlu mendapatkan permit ceramah bagi memudahkan pihak polis mengawal ketenteraman awam.

Tambahnya, polis juga akan sentiasa memantau keadaan di sekitar Teluk Intan sepanjang tempoh PRK berlangsung.

Mengenai pengundian awal PRK Teluk Intan pada Selasa, Salleh memaklumkan seramai 401 anggota polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini.

Menurutnya, pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang Isnin itu hanya melibatkan anggota polis sahaja.

“Selain itu, anggota polis trafik juga akan ditempatkan di jalan utama bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

“Saya juga menasihatkan kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan tersebut bagi memastikan tiada halangan ke pusat mengundi,” kata Salleh.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment