Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 23, 2014

No Comment

KUANTAN – Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) Pahang yang ditubuhkan di sini akan membantu memudah dan meningkatkan kualiti siasatan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, CIC Pahang mula beroperasi Februari lepas melibatkan enam pegawai polis wanita dari Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang untuk menemuramah kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan seksual.

“Penubuhan CIC ini juga dapat mengurangkan trauma yang dialami mangsa semasa dalam proses siasatan dan pemberian keterangan mahkamah.

“Keterangan melalui rakaman video yang dilakukan semasa ingatan mangsa masih segar akan dapat membantu mahkamah membuat penilaian yang konstruktif dalam memutuskan sesebuah kes yang dibicarakan kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan CIC Pahang di sini hari ini.

Sharifuddin berkata pusat itu juga dapat memberikan keyakinan kepada mangsa untuk menceritakan kejadian jenayah yang berlaku ke atas mereka.

Pada masa sama katanya, ia juga memudahkan kaunselor untuk memulihkan semangat dan trauma mangsa yang berusia 16 tahun ke bawah.

Beliau berkata bangunan CIC Pahang diubah suai dengan anggaran kos RM380,000 dan antara kemudahan yang disediakan ialah alat rakaman dan transkrip, empat set patung anatomi, bilik temu duga, bilik teknikal, bilik transkrip, bilik terapi dan bilik transit untuk keluarga mangsa.

Menurutnya sejak Februari lepas, CIC Pahang telah mengendalikan 11 kes melibatkan mangsa kanak-kanak berusia lingkungan tiga hingga 12 tahun dan kesemua kes terbabit masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment