Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment
Tindakan agresif penyokong calon merempuh masuk dewan sejurus peti undi cuba dilarikan.
SELAYANG - Pemilihan PKR Cabang Selayang tegang apabila berlaku insiden cubaan melarikan peti undi bagi membatalkan proses undian kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Kejadian tersebut disusuli tindakan beberapa penyokong calon bertindak agresif cuba memasuki dewan sambil melaungkan proses undian batal.

Lebih lima minit situasi tegang berlaku di luar pintu dewan, bagaimanapun ia mula aman sejurus ketiga-tiga calon masuk dalam dewan untuk berbincang.

Kira-kira jam 4.10 petang, wakil Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Kelvin Chew mengumumkan pengundian batal disusuli sorakan penyokong yang beberapa minit kemudian mula meninggalkan dewan.

Penyandang kerusi Ketua Cabang Selayang yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong dilihat meninggalkan lokasi serta merta.

Sebelum itu, proses pengundian juga bermasalah seawal jam 10 pagi.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment