Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.

Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.

Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.

Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.

Fuh, bayangkan kalau cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi kan?


Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment