Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

Pelopor fesyen lelaki masa kini, Wak Doyok mendedahkan dirinya tidak kisah jadi bahan gelak mahupun bahan lawak bagi sesetengah pihak di luar sana.

Ini kerana perkara tersebut membuatkannya menjadi lebih bermotivasi untuk mengejar impiannya dalam bidang rekaan fesyen lelaki.

Fesyen gaya lelaki Inggeris yang lengkap berkot yang diketengahkan Wak sering kali mendapat komen kurang enak daripada pelayar laman sosial sehinggakan dirinya kerap kali diperlekeh oleh mereka.

“Fesyen yang saya bawa ini bukan poyo. Sebenarnya mereka bercakap begitu kerana mereka tak tahu dan kurang faham tentang apa yang mereka katakan. Tak dinafikan, ada peminat spam dan ‘menganjingkan’ saya. Bila mereka buat macam itu, mereka sebenarnya memperbodohkan diri sendiri.

“Saya juga tak kisah pun kalau kena gelak sebab bila saya digelakkan itu yang buat saya lebih termotivasi. Saya ada misi saya sendiri iaitu nak memartabatkan fesyen kita sekali gus mahu negara dipandang tinggi dari sudut fesyen. Saya seorang yang meminati fesyen dan saya cuba bawa fesyen dari luar masuk ke Malaysia. Fesyen yang saya tonjolkan simple. Saya bawa imej street style. Semua generasi Y boleh gayakan fesyen sebegini. Baju-baju yang saya gayakan pun harganya RM200 ke bawah.

“Tapi masalahnya, orang Malaysia ni ramai yang skeptikal. Kalau mereka kurang jelas tentang fesyen, boleh hadiri talk saya dan saya akan berikan pendedahan,” ulasnya panjang lebar memetik laporan Malaysian Digest.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd Nor merupakan penaung jenama The Garment.

Selain itu, Wak Doyok juga merupakan pengacara bersama program Ke Korea Ke Kita bersama vokalis kumpulan Oh Chentaku, Myo.

Sumber: My News Hub / Audrey Lee / Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment