Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan, Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini.

Mangsa Ong Kok Leong, 60, ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk flat berkenaan berikutan dentuman yang kuat di bawah blok C, flat berkenaan, kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Difahamkan, sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Cina membawa maksud mangsa kecewa dengan kehidupannya turut ditemui.

Mayat warga emas itu yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahab berkata tidak ada saksi tampil memberi keterangan.

“Bagaimanapun, laporan bedah siasat diterima pihak polis, difahamkan tiada sebarang unsur jenayah ke atas si mati,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment