Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

NAY PYI TAW (Myanmar) – Pemimpin ASEAN hari ini memulakan perhimpunan dua kali setahun mereka di ibu negara Myanmar ini bagi membincangkan masa depan Komuniti Asean, hubungan luar dan hala tuju ASEAN.

Pengerusi sidang kemuncak, U Thein Sein mengetuai pemimpin dari sembilan lagi negara dan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh untuk merakamkan gambar kenang-kenangan sebelum memulakan Sidang Kemuncak Asean Ke-24 dan disusuli mesyuarat berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, dengan Malaysia merancang meletakkan asas bagi visi pewujudan Komuniti ASEAN pasca 2015 dan pada masa sama meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan perpaduan menerusi semangat ASEAN.

Mesyuarat kali ini amat penting bagi Malaysia, yang akan mengambil alih peranan sebagai pengerusi Asean tahun depan, serentak dengan pewujudan Komuniti ASEAN.

Berbaki setahun lagi sebelum matlamat integrasi Asean itu direalisasikan, pemimpin dijangka membincangkan perkembangan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Komuniti Asean, Pelan Kerja 11 Inisiatif Integrasi ASEAN dan Pelan Induk Kesaling Hubungan ASEAN.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment