Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

PORT DICKSON – Seramai 20 remaja yang menyertai parti liar, ditahan polis ketika sedang menari, dalam serbuan di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.

Remaja berusia 18 hingga 24 tahuh itu menyewa sebuah bilik di hotel berkenaan dipercayai untuk berparti dengan pasangan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menjalankan serbuan pada jam 2.45 pagi, selepas mendapat aduan dan maklumat orang awam.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk soal siasat dan ujian air kencing.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment