Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

Klang – Tindakan berani seorang lelaki yang cuba menyeludup dadah kepada seorang tahanan yang baru selesai perbicaraan membawa padah apabila dia dicekup polis di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia 25 tahun ditahan polis selepas menyerahkan bungkusan plastik berisi 37 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 160 gram kepada seorang tahanan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang menghadiri perbicaraan itu pada mulanya duduk di belakang kamar mahkamah sebelum bangun dan menghampiri seorang daripada tertuduh sambil membawa plastik putih.

“Tertuduh yang bergari sedang berjalan keluar dengan diiringi dua anggota polis mahkamah untuk dibawa ke lokap sementara di tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Sebaik suspek menyerahkan bungkusan itu kepada tertuduh, ia disedari anggota polis bertugas yang curiga dengan kandungannya lalu terus menahan suspek sebelum merampas bungkusan itu dan mendapati ia mengandungi 37 ketulan mampat ganja seberat kira-kira 160 gram,” katanya.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek adalah orang tengah yang membekalkan dadah kepada tahanan di penjara.

Menurutnya, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam untuk disiasat.

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment