Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 17, 2014

No Comment
Foto AP

WASHINGTON: Presiden Barack Obama memberitahu Kongres bahawa 275 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) sedia dikerah ke Iraq. 

Obama berkata, pasukan itu akan menyediakan sokongan dan kawalan keselamatan kepada kakitangan AS dan Kedutaan AS di Baghdad.

Katanya, pasukan itu dilengkapi dengan senjata untuk bertempur dan akan kekal di Iraq sehingga keadaan keselamatan tidak lagi memerlukan kehadiran mereka. 

Seramai 160 anggota tentera sudah berada di Iraq termasuk 50 anggota Marin dan lebih 100 anggota Tentera Darat. 

Pegawai AS berkata, Washington akan menempatkan tambahan 100 anggota tentera di negara ketiga di mana mereka diletakkan sebagai tentera simpanan sehingga khidmat mereka diperlukan. 

Rumah Putih menyatakan anggota tentera AS memasuki Iraq dengan kebenaran negara itu.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment