Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

23 comments
Andika Rees (kiri)
  
Saya Amin, bapa saudara kepada Andika Rees membuat laporan untuk melaporkan kejadian yang melibatkan seorang cikgu di Sekolah Rendah Bukit Damansara. Pada 22 Jun pada jam 4.30 petang, anak saudara saya bernama Andika Rees telah pulang ke rumah dari kem yang dianjurkan di bawah sekolahnya yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang dalam keadaan trauma, mengeletar dan menangis. Berikut adalah kenyataannya:

“Pada 21 Jun, jam lebih kurang 2 tengah hari di dalam dewan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang di mana sekolah saya, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara telah mengadakan kem belajar untuk UPSR. Cikgu bernama Encik Farizal telah mengarahkan semua pelajar untuk berdiri di atas kerusi. Kemudian dia bertempik kepada semua pelajar dan memanggil saya ke depan. Apabila saya ke depan, dia telah memaki saya dan memanggil saya kurang ajar. Saya bertanya kepada cikgu apa yang saya telah buat, dia tidak menjawab tetapi menolak kepala saya di bahagian sebelah kiri dahi dengan kasar. Kemudian dia mara ke depan dengan lebih dekat dan menampar saya kedua belah pipi kiri dan kanan lebih dari 10 kali. Saya takut dan tidak membuat atau berkata apa-apa.

Kemudian dia bertanya apa tugas seorang Pengawas dan saya menjawab disiplin. Kemudian dia menengking disiplin kepala hotak kau. Kemudian dia menumbuk papan putih untuk lebih menakutkan saya.

Saya berasa takut dan ngeri dengan kejadian ini dan tidak dapat berfikir dengan betul. Saya khuatir dan risau saya akan dipukul lagi kerana cikgu tersebut memang ada sejarah memukul pelajar.

Laporan ini dibuat sehari selepas kejadian saya baru pulang dari Kem Sekolah tersebut. Saya tidak mengalami kecederaan tetapi amat traumatise. Saya takut untuk ke sekolah dan bertemu kembali dengan cikgu tersebut dan malu dengan kawan-kawan saya yang telah melihat saya dimaki dan ditampar di hadapan semua pelajar”

Laporan ini dibuat supaya tindakan dapat diambil ke atas cikgu berkenaan dan dapat melindungi anak saudara saya dari kejadian yang tidak diingini.

Sekian laporan saya.

Berikut pula adalah lampiran penuh butir-butir laporan polis yang telah dibuat:


Sumber: infosenyum.blogspot.com

23 comments:

  1. Tampar kalau budak tersebut memang betul kurang ajar tak masuk hospital tak apa. Kalau tampar takde sebab atau orang yang salah, itu baru salah. Kena selidik dengan lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lempang sampai 10 kali pun tak betul jugak, lain la kalau tampar manja hahaha

      Delete
  2. Ramai budak2 yg dah tak hormat dan tak beradab dgn org tua kat luar sana tu. Pegi la tampar 10 kali. Nak mengajar pun berpada2 la. 1-2 kali boleh terima sbg pengajaran kalau betul salah budak tu. Ni 10 kali, ape kejadah. Mmg cari pasal cikgu tu. Cikgu2 disiplin ni pun, jgn la mengajar mcm bapak die yg buat tatatertib kat sekolah.

    ReplyDelete
  3. Kepada cikgu2.. xpayahLah ajar pelajar tu sampai tampar2 dlm islam haram bagi menyakiti tubuh dari aras bahu hingga kepala.. klu ia pun dia brsalah kurang berdisiplin.. cikgu bagi teguran shj. Pelajar ni bknY fikiran mcm org dewasa.. mereka perlu dibagi ruang utk rest minda..skrg cikgu sdh tampar bdk tu..mcm mn plak klu cikgu jgk ditampar atas kesilapan cikgu depan guru2 lain dan dimaki depan ahli keluarga cikgu...Apa perasaan mu enak tu..kdng2 cikgu ni slh guna kuasa jgk.. pendek cerita bagi penampar jgk cikgu tu azhar..bagi 20kali..kiri10 kanan 10..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kalau betul nak mengajar pun janganlah pukul di bahagian muka/dekat dengan kepala..kalau saya jadi parents pun saya kecewa..rotan di tangan pun memadai..lagipun budak umur 12 tahun..bukan 17 tahun...12 tahun kita tengking pun diorang dah takut..

      Delete
  4. cikgu skola rendah bnyk yg bodoh dri skola mngh..time aku kecik dlu klas aku bdk x siap keje skit je 1 latihan je cikgu dh tampar kaw2 mcm tampar nyamuk..prangai cm binatang..tah mcm ne leh jdi cikgu pun xtw..tah2 pkai dlm.. time aku skola mngh xde lak cikgu cm binatang cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Tahniah sbb berkata begitu..semoga ilmu yg anda dpt diberkati..

      Delete
    2. golongan cikgu ini perasan bahawa mereka ini ada kuasa memberkati ilmu yang diturunkan kepada pelajar. kalau cikgu tu dikritik bekas pelajarnya atau bukan pelajarnya pun mereka percaya mereka ilmu itu jadi tak berkat. padahal mengajar itu adalah profesyen yang mana kamu telah dibayar gaji. Mereka ini kuat mengungkit. Pernah ke kamu jumpa doktor klinik yang mengungkit kerana pernah bagi kamu sembuh dari demam?

      Delete
  5. cikgu2 semua..tampar anak sendiri dulu baru tahu..

    ReplyDelete
  6. kot ye krg ajar sgt pon..perlu ke nk tampar spi 10x?

    ReplyDelete
  7. wau traumatise. agak2 la. org lain pon pernah g sekolah pernah kena marah. tp sebab salah sendiri. puiii.. tau la pon byk duit azhar oiii... tp kalau anak azhar ni betul2 buat salah mau pelempang kuat2 pun xpa. sb bapak dia bengong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni mmg bodoh ke?...meh aku tmpar kau..anak kau ke...

      Delete
    2. tergelak baca reply dr wanwan. setuju dgn wanwan!

      Delete
    3. Haha dangkalnya pemikiran ko ni. Ape jadah tampar 10 kali? Cikgu2 yg mcm ni selalunya yg dulunya belajar suam2 kuku, sahsiah x baik, xde pilihan pegi jadi cikgu. Pastu bawak perangai sial mcm tu. Patut dibuang keje org mcm tu. Nak jadi cikgu konon. Puiii

      Delete
  8. tengok anak perempuan dia yg x menutup aurat dan berskirt pergi sekolah.... apa yg tuan2 harapkan tentang akhlak kedua2 anak2 ini...? Sudah dgr kah pjelasan dari guru yg di caci maki tersebut..? benarkah dia menampar lebih 10X...? Dgr la dari kedua pihak utk memberi komen yg lebih adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngah minta tegakkan keadilan ? tapi sempat buat cacian jugak. Agaknya apakah akhlak anak2 bukan Islam yg berskirt pegi sekolah. Tak suka bapaknye, jgn pinggirkan anak..takut jadi mcm adik firdaus..dibiar mereput layu.

      Delete
    2. Tampar kt muka .. satu salah ..kat public lg satu silap.. cikgu2.. klu salah pukul le bontot... islam x ajar tampar2. Muka very sensitif.

      Delete
    3. tampar laju-laju sampai muka cikgu yg bagi kebenaran pakai skrit tu dengan cikgu yg cipta design baju tuk sek tu... ok tak pak ngan??

      Delete
    4. Helmilana: bukan cikgu yang bagi kebenaran dan bukan cikgu buat design pakaian sekolah. takkan kamu tak tahu keputusan di buat semua oleh pengurusan sekolah.

      Delete
    5. Along bukit beruntung komen lagi seinci nk sampai kelaut..

      Normah Ozir : dah konfem ke cikgu tu menampar....??? dimuka...??? dikhalayak ramai...??? konfem kan betul2... jgn dgr sebelah pihak shj.

      Delete
  9. pukul sikit buat report polis.. bagus sangat la tu,,. dapat melahirkan generasi yg lebih kurang ajar pada masa depan,. Aku pun student gak dulu,.. bukan setakat penampar,. kena ligan dengan kayu pun pernah,. pasal tu la aku jadi manusia sekarang..
    Kalau tak puas hati sangat pun,, cuba jumpa guru besar dan bawak bincang dulu,. kadang anak2 ni memang kena ajar sikit ,. biar anak kita menangis sekarang, jangan besok dah tua kita pulak menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu bro.. dulu kalau mengadu kat mak bapak, mmg cari nahas la... lagi masak kena.. hehehe

      Delete