Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memasuki kilang produk `Bihun Istimewa' 
yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh di sini.

ANGGOTA penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasuki premis kilang ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk itu tidak mempunyai sijil halal. - Foto BH Online
Pemeriksaan anggota terbabit dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bihun keluaran kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal.Pegawai KPDNKK yang enggan namanya disiarkan berkata, pemeriksaan terbabit bertujuan membuat siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan mengenal pasti pelanggannya di seluruh negara. 

"Berdasarkan siasatan yang dilakukan mendapati antara pelanggan utamanya adalah sebuah pasar raya borong di Selayang, peruncit dan restoran makanan di sekitar Lembah Klang.

"Siasatan turut mendapati kilang berkenaan mengedarkan empat jenis jenama bihun iaitu bihun cap kucing, cap kambing, cap Van Loong dan cap masjid," katanya ketika ditemui di kilang berkenaan di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment