Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR -”Melampau atau tidak bila Chef selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan meletakkan budu dan cencalok sebagai makanan haram kerana dikategorikan sebagai bangkai?

“Dia siapa untuk membuat hukum begitu?  Adakah dia ni bertaraf ulama sampai sesuka hati nak jatuhkan hukum halal haram makanan yang dimakan oleh umat Islam?”

Itu tegas seorang surirumah, Alawiyah Musa bila terbaca komen tukang masak itu di dalam laman sosial Intagram miliknya baru-baru ini.

Katanya, Chef Wan cuba mengaitkan isu halal haram tentang makanan apabila isu babi dalam coklat terbongkar seolah-olah umat Islam tidak boleh bertolak ansur dalam hal berkaitan babi.

“Dia boleh marahkan umat Islam yang geli tengok gambar babi serta masakan yang ada daging babi. Alasannya cara itu dilihat sebagai tidak menghormati perasaan orang bukan Islam.

“Bila dah terlalu ‘bijak’, dia mula kaitkan budu dengan cencaluk. Kononnya, Islam melarang memakan bangkai dan kedua-dua makanan itu dibuat daripada bangkai,” ujarnya.

Jelasnya, Chef Wan sebaiknya tidak mengulas perkara ini khususnya caranya mempertahankan babi.

“Lebih baik dia tidak buka mulut sebab setiap apa yang diucapkan itu hanya menimbulkan sakit hati dan kemarahan umat Islam.

“Dia patut tahu bezakan antara bangkai dan babi sebelum sesuka hati membuat kenyataan,” katanya

Sumber: Malaysia Gazzete

0 comments:

Post a Comment