Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

EAST RUTHERFORD, New Jersey – Cristiano Ronaldo menjelmakan keyakinan buat skuad Portugal menjelang aksi Piala Dunia apabila mempamerkan permainan cemerlang selepas sembuh daripada kecederaan, hari ini.

Bermain buat kali pertama sejak final Liga Juara-juara, kehadiran Ronaldo ternyata menyuntik semangat Portugal apabila membenam Ireland 5-1 pada perlawanan di Stadium MetLife di sini.

Biarpun Ronaldo tidak berada dalam senarai penjaring dan dikeluarkan pada minit ke-64 tetapi berupaya mempamerkan permainan terbaik dan tidak mengalami cedera selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan memanaskan badan kerana kecederaan di lutut kiri dan paha kanan.

Pemain Terbaik Dunia itu nyaris menjaringkan gol pada minit ke-18 apabila mengambil sepakan percuma yang terkena palang dan sekali lagi pada minit ke-37 dengan tandukan yang terus ke dakapan penjaga gawang Ireland, David Forde.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment