Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

Kota Bharu – Dua lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen sebentar tadi dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorhaslinda Che Seman.

Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini antara jam 7.30 malam hingga 11 malam pada 20 Mei 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu.

Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa.

Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu. 

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment