Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

Indeks Islamicity yang dijalankan oleh dua orang tokoh akademik dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat tidak menyeluruh dan dan tidak mengambil kira beberapa kriteria.

Profesor Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya, Dr Ahmad Hidayat Buang berkata indeks berkenaan begitu selektif kerana kajian dibuat berdasarkan kedudukan ekonomi, tadbir urus, hak asasi manusia dan politik, serta hubungan antarabangsa.

“Ia tidak mengambil kira amalan agama secara peribadi. Sebagai contoh, ia tidak mengambil kira jika seseorang itu menunaikan solat lima kali hari, kehadiran ke masjid, kepentingan soal halal dan haram. Indeks itu tidak mengambil kira semua ini,” tegas Prof Ahmad Hidayat.

Indeks Islamicity itu mendapati Ireland merupakan negara yang disifatkan paling taat kepada nilai-nilai Al-Quran. Negara yang seterusnya ialah Denmark, Sweden dan United Kingdom.

Tiada satu negara yang majoritinya Islam menduduki tangga ke-25 ke atas dan tiada negara Arab berada dalam kedudukan 50 teratas.

Prof Ahmad Hidayat berkata hasil kajian berkenaan ada kebenarannya berdasarkan kriteria yang digunakan.

“Sebagai contoh, kita ambil kira tentang kebersihan, khususnya tandas. Mana lebih bersih? Tandas yang ada di negara Islam atau bukan Islam? Secara amnya, tandas di negara bukan Islam lebih bersih.

“Ada elemen yang sudah diamalkan oleh negara-negara yang sudah membangun dan ada elemen tidak diamalkan oleh negara Islam sendiri. Jadi indeks itu ada betulnya, cuma ia tidak menyuluruh,” jelas beliau.

Prof Ahmad Hidayat turut memuji Malaysia yang berada di kedudukan 33, menewaskan negara Islam yang lain seperti Kuwait (42), Arab Saudi (91) dan Qatar (111) di dalam Indeks Islamicity itu.

“Cuba kita buang perkataan ‘Islam’ di situ dan tukar kepada ‘Indeks Keselesaan Hidup’. Pasti senarai itu akan sama. Malaysia akan menewaskan negara Islam yang lain, namun berada di bawah negara-negara maju barat,” akhiri beliau.

Terdahulu, The Irish Times melaporkan kajian Indeks Islamicity yang dijalankan oleh Profesor Perniagaan Antarabangsa dan Hal Ehwal Antarabangsa dari Universiti George Washington, Hossein Askari dan Dr Scheherazde S. Rehman.

Menerusi indeks itu, “negara-negara Islam sangat teruk,” kata Prof Hossein dan menuduh mereka menggunakan agama sebagai alat kuasa.

November lalu, Prof Hossein berkata bahawa “hasil kajian menunjukkan banyak negara yang mengakui Islam dan bergelar Islam adalah tidak adil, rasuah, serta mundur dan sebenarnya tidak ‘Islam’ seperti yang dibayangkan.

“Melihat kepada indeks Islamicity Economy , atau sejauh mana dasar-dasar dan pencapaian negara mencerminkan ajaran ekonomi Islam – Ireland, Denmark, Luxembourg, Sweden, United Kingdom, New Zealand, Singapura, Finland, Norway, dan Belgium berada pada tangga 10 teratas.

Sumber: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment