Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Maahad Darul Hasyimie akan lebih berhati-hati sebelum terlibat dengan program membabitkan pemimpin agama dari luar negara supaya tidak dikaitkan dengan penyebaran ajaran tarekat sesat.

Pengerusinya, Nik Abdul Aziz Hashim mengakui melakukan kesilapan berhubung usaha untuk menjayakan program Majlis Gema Zikir & Qasidah bersama Shaykh Muhammad Hisham Kabbani dengan tidak menelitinya terlebih dahulu.

Justeru, beliau berkata, sebelum mengambil sebarang tindakan untuk menjemput pemimpin luar, akan terlebih dahulu merujuk kepada mufti dan jabatan agama islam supaya tidak menimbulkan keraguan.

“Kami akui kami tersilap kerana tidak meneliti terlebih dahulu ulama yang akan dibawa masuk ke sini.

“Perkara ini akan jadi pengajaran kepada kami supaya lebih berhati-hati dengan pemimpin luar apabila dijemput untuk program Islamik seperti majlis itu.

“Selepas ini, kami akan merujuk terus kepada mufti sebelum mengadakan apa-apa program keagamaan terutama melibatkan ulama luar negara,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penganjur bersama Maahad Darul Hasyimie mendakwa tidak tahu mengenai fahaman Syaikh Muhammad Hisham Kabbani yang terlibat dengan tarekat sesat.

Semalam, Majlis Fatwa Negeri Kedah memutuskan program Majlis Gema Zikir & Qasidah bersama Shaykh Muhammad Hisham pada 13 Jun ini, tidak dibenarkan berlangsung berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2000 yang memutuskan tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment