Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 16, 2014

No Comment
Wakil media menuruni anak tangga selepas dimaklumkan insiden kebakaran. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM - Sidang media 100 NGO yang menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersabit isu Bible terpaksa dihentikan separuh jalan apabila berlaku kebakaran di tingkat bawahnya tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12:30 tengah hari itu menyebabkan 50 NGO, wartawan dan wakil Mais bilik mesyuarat di Tingkat 10 Bangunan Mais Shah Alam bergegas keluar menyelamatkan diri.

Pada awalnya walaupun loceng kebakaran berbunyi, tetapi ia tidak dihiraukan sehinggalah seorang kakitangan masuk ke dalam bilik menghentikan sidang media dan meminta semua mengosongkan bangunan tersebut.

Ketika melalui tingkat 9, ternampak kepulan asap yang tebal dan semua orang turun menggunakan tangga dan berkumpul di dataran luar bangunan.

Hal ini menyebabkan sidang media yang bermula kira-kira jam 12:15 itu dibatalkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu tersebut dan berdasarkan laporan awal kejadian kebakaran melibatkan tranformer penyaman udara di Tingkat 9.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment