Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 16, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pasukan keselamatan mengumpul mayat 16 pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dan menghantarnya ke hospital daerah pada tahun lepas.

Asisten Superintendan Zawi Awang berkata, beliau dan pasukannya terjumpa 18 mayat ketika menjalankan operasi memintas di sebuah kampung antara 8 dan 10 Mac tahun lepas.

Katanya, mereka mendapat arahan supaya mengambil mayat berkenaan pada tengah hari 10 Mac, tetapi hanya dapat mengambil 16 daripadanya kerana dua lagi mayat berada di dalam longkang dalam yang sukar dikeluarkan dengan segera.

“Kesemua mayat dimasukkan ke dalam beg mayat plastik berasingan,” katanya.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar tentang cara mayat berkenaan dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu, Zawi berkata, ia diangkut dengan dua trak polis pada pukul 5 petang hari tersebut dan dibawa ke Markas Taktikal VAT69 di Felda Sahabat 16.

“Apabila kami sampai di markas taktikal itu pada 5.30 petang, saya berjumpa dengan seorang pegawai forensik, Superintendant Shaid Aziz, yang mengarahkan saya membawa mayat berkenaan ke sebuah hospital sementara di Felda Sahabat, yang diurus oleh tentera. 

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment