Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 16, 2014

No Comment
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah menunjuk gambar mangsa culik, Pengurus Ladang Ternakan Ikan, Chan Sai Chiun, 32 ketika sidang media, di Ibu Pejabat Kontijen, Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Polis menafikan pekerja ternakan ikan dalam sangkar yang dilarikan penculik bersenjata bersama pengusaha premis berkenaan dari ladang ternakan ikan di Kampung Sapang, Kunak, tengah malam tadi, dapat melepaskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan yang menunjukkan warga Filipina yang dikenali sebagai Mazlan, 20-an, itu terselamat dalam kejadian berkenaan.

“Kita percaya kumpulan penculik bersenjata laras panjang itu telah membawa pengusaha ladang berkenaan dan seorang pekerjanya yang dikenali sebagai Mazlan ke perairan antarabangsa menunju ke selatan Filipina,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 pagi tadi dua lelaki bertopeng lengkap bersenjata laras panjang dilapor melarikan pengusaha ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerjanya.

Ada laporan mengatakan pekerja terbabit berjaya melarikan diri selepas melompat daripada bot ketika kumpulan penculik membawa mereka keluar dari kawasan ternakan ikan berkenaan.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment