Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

Bangkok – Weluree Ditsayabut, 22, yang baru dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand kira-kira sebulan lalu, telah mengumumkan menyerahkan semula gelaran tersebut selepas dikritik gemuk dalam laman media sosial.

Selain itu, kenyataannya mengenai isu politik di negara berkenaan bahawa semua penyokong parti pembangkang sepatutnya dihukum, turut menerima kecaman.

Weluree yang juga aktres dan bekas pengacara rancangan bual bicara menerima komen-komen yang kejam hingga membuatkan ibunya tidak dapat tidur malam.

“Saya membuat keputusan ini sendiri. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua juri yang memilih saya.

“Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen mengenai saya sama ada yang baik atau buruk melalui media.

“Pada mulanya keluarga saya merupakan orang yang paling gembira dengan kemenangan saya. Namun tiada lagi kegembiraan susulan gelombang kritikan yang saya terima daripada masyarakat,’’ katanya yang menangis ketika mengumumkan keputusan berkenaan.

Kemenangan Weluree sebagai Miss Universe Thailand sebelum ini mengejutkan ramai, kerana dia berjaya menewaskan peserta pilihan Pimbongkod ‘Ellie’ Chankaew, yang mendapat tempat kedua.

Ketika Weluree diumumkan sebagai pemenang, penonton melaungkan nama ‘Ellie, Ellie’ selain ejekan `boo’ kepada Weluree.

Setakat ini tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Weluree kerana imej Pimbongkod bercium dengan seorang lelaki juga telah tersebar di media sosial.

Komen Weluree mengenai penyokong pembangkang berlaku ketika Thailand berdepan dengan krisis politik dan ia juga melambangkan golongan berpelajaran serta berpangkat tinggi yang memberikan sokongan kepada kerajaan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment